sebab kita tak kenal mereka

assalamualaikum,
sejak dua menjak nie busy sangat, minta maaf sy tak dapat update blog. hari nie surf internet jumpa madah yang menarik mengenai malaysia

dipetik dari http://faizzer.blogspot.com/

-sEbaB KiTa TaK keNaL mEreka-

Kaum Melayu tak kenal kaum cina, tak kenal kaum india.. Kaum Cina tak kenal kaum Melayu, tak kenal kaum india.. Kaum India tak kenal kaum Melayu, tak kenal kaum Cina.. Keluarlah, berkawanlah, bermesralah, cintailah, sayangilah, fahamilah dan hormatilah semua kaum-kaum di Malaysia. Jangan benci, jangan kutuk, jangan hina, jangan dengki, jangan perli, jangan maki, jangan bermusuh dan jangan mengapi-apikan kaum-kaum lain di Malaysia.

ur are the best dad ever

ayah, terima kasih kerana besarkan angah dari kecik lagi, angah beruntung kerana dapat seorang ayah yang amat sabar dan tidak senang melenting pada anak2. Ayah, terima kasih kerana tidak patah semangat semasa ibu tinggalkan kita semua. ampunkanlah anakmu ini jika angah ada buat salah ataupun melawan cakap ayah. sememangnya ayah adalah AYAH YANG TERBAIK DI DUNIA

Panduan Undang-Undang Jenayah Siber

Jenayah Siber Terhadap Harta Benda

Jenayah Siber Terhadap Manusia
CURI

1) Maklumat
Senarai, rekod, email peribadi

2) Harta
Memindahkan wang dari satu akaun ke akaun yang lain

3) Perkhidmatan
Capaian tanpa kuasa di laman web berbayar

PENIPUAN

Multilevel marketing/sistem piramid, peluang perniagaan, lelongan, jualan barangan, tawaran kad kredit, pinjaman pendahuluan, tawaran pekerjaan

PEMALSUAN

Meminda dokumen bagi memperdaya orang lain melalui laman web

KHIANAT

-Vandalisma siber: meminda laman web umum

-Pencerobohan siber : ceroboh laman web persendirian yang perlu guna kata laluan.

-Menyebarkan virus
-Pornografi dan pengedaran bahan-bahan lucah
-Gangguan Siber (cyber-harrasment)
-Pencerobohan Siber
- Memecah masuk ke laman web
- Memecah masuk ke komputer persendirian

Keganasan siber

Serangan terancang terhadap maklumat yang terkandung di dalam komputer, program komputer dan data yang menyebabkan keganasan berlaku terhadap rakyat yang tidak berdaya oleh sekumpulan orang atau agen tertentu.
Diluluskan di Parlimen pada Mac 1997
Dikuatkuasa pada 1 Jun 2000 Tujuan:

- Bagi mengawal perlakuan jenayah yang dilakukan menggunakan komputer secara terus atau melalui talian.

Ringkasan Diskripsi Kesalahan

Membuat capaian mana-mana komputer tanpa diberi kuasa.

Denda
Tidak melebihi RM 50,000.00 atau
penjara 5 tahun atau
kedua-duanya sekali

Ringkasan Diskripsi Kesalahan
Melibatkan fraud atau kecurangan atau yang
menyebabkan kecederaan

Denda
Tidak melebihi RM 150,000.00 atau
penjara 10 tahun atau
kedua-duanya sekali

Ringkasan Diskripsi Kesalahan
Pengubahsuaian tanpa kuas kandungan mana-mana komputer.

Denda
Tidak melebihi RM 100,000.00 atau
penjara 7 tahun atau
kedua-duanya sekali

Ringkasan Diskripsi Kesalahan
Menyimpan maklumat tanpa kuasa dalam
komputer di bawah kawalan disifatkan telah
memperolehi capaian tanpa kuasa

Denda
(sama seperti denda memperolehi capaian komputer tanpa kuasa)

Akta ini digunakan terhadap sesiapa tanpa mengira kewargenaraan seseorang. Kesalahan di bawah akta ini boleh berlaku di mana-mana sahaja tidak kira samaada di dalam atau di luar Malaysia asalkan ia melibatkan komputer yang berada di Malaysia.

Untuk maklumat tentang akta-akta berkenaan boleh layari http://www.msc.com.my/cyberlaws/

selamat tahun baru Cina kepada semua rakyat Malaysia




Selamat Tahun Baru Cina Saya Ucapkan Kepada Semua Rakyat Malaysia Terutama Yang Berbangsa Cina Yang Menyambut Tahun Baru Cina Tahun Ini. Kepada Rakan-Rakan Berbangsa Cina Saya, Jika Anda Membaca Nukilan Ini Jangan Lupakan Saya Tatkala Menjamah Buah Limau. Kalau Senang² Hantarlah Sekotak Dua Buah Limau Ataupun Angpow Kepada Saya. Sudah Lama Saya Tidak Menerima Kepingan² Ang Pow.

dan kepada Jason, jangan sedih kerana tak dapat pulang ke kampung tahun nie, nanti U balik sini i belanja makan maggi goreng pedas feveret u :))

Kepada blogger, sila ambik perhatian terhadap perkara ini

Facebook, Myspace dan blogspot adalah tempat untuk bersosial dan ruang untuk semua orang memberikan pendapat, Walaupun kita bebas berhujah di sini, tapi tolonglah berhati-hati dan alert semasa berhujah lebih2 lagi kalau menyentuh isu-isu sensitif dan elakkan dari cuba menghina raja2/sultan, agama, perkauman dan lain lain



utk info anda semua, MIMOS control secara mutlak segala network/jaringan/message2 samada dlm internet ataupun telekomunikasi yang lain2 spt sms/3G/MMS dan lain lain...kalau ada kes, mereka ada right (hak) utk trace semua ni...

delete pun tak guna..sebabnya rekod disimpan oleh MIMOS selama 5-6 tahun barulah dilupuskan..maksudnya kalau org tu komen 5 tahun lepas pun, rekod masih ada skrg ni...hahaha nak lari ke mana beb??? hehehehe

Walaupun account facebook/myspace/blogspot di delete, tapi jangan pelik kenapa polis masih boleh trace, sebabnya IP Address x boleh didelete...IP Address ni kan dtg dari mana korang melanggan service internet..klu streamyx, maka Telekom lah..kalau broadband, maka Celcom, MAxis, DIGI, etc.klu korang guna cybercafe pun takkan selamat jugak sebabnya setiap Cyber Cafe perlu memasang CCTV untuk merakam pelanggan2 yang masuk menggunakan service Cyber Cafe tu, jadi jika ada masalah, mana nak lari beb!!!

sekali Police hantar police report kat MIMOS, dlm masa beberapa minit sahaja polis akan ketuk pintu rumah...hahahaha



jangan jadi seperti kes aduka taruna dan kes ini.sebab bila anda dah keluarkan statement di internet, takde saper yang boleh selamatkan anda kecuali tuhan

sila komen mengunakan kewarasan fikiran anda.. jgn komen dgn mengunakan kebodohan anda..orang yang sentiasa overreact dan jumping conclusion saja akan buat komen2 rasict :))

sumber maklumat : APC

sms: tunggu masa sahaja nak buat report polis untuk kes ini

Saya meminta maaf atas perkara ini




sejak saya create blog nie pada akhir tahun lepas, banyak friend request saya terima di Facebook, mintak maaf disebabkan saya tidak lagi approve friend request anda semua kerana atas faktor2 keselamatan. Apa pun msg anda akan tetap saya balas, tq

FrIeNdShiP btWeEn human and satan

Ada seorang manusia yang bertemu dengan setan
di waktu subuh. Entah bagaimana awalnya,
akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali
persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir dan
orang itu tidak mengerjakan solat, maka setan
pun berkata sambil tersenyum , "Orang ini
memang pantas menjadi sahabatku..!"

Begitu juga ketika waktu zohor orang ini tidak
mengerjakan solat, setan tersenyum lebar sambil
membatin, Rupanya inilah bakal teman sejatiku di
akhirat nanti..!"

Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya
itu dilihatnya masih juga asyik dengan kegiatannya,
setan mulai terdiam...... Kemudian ketika datang
waktunya magrib, temannya itu ternyata tidak
solat juga, maka setan nampak mulai gelisah,
senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari
wajahnya nampak bahwa ia seolah-olah sedang
mengingat-ingat sesuatu.

Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu
tidak juga mengerjakan solat Isyak, maka setan
itu sangat panik. Ia rupanya tidak boleh menahan
diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia
itu sambil berkata dengan penuh
ketakutan, "Wahai sahabat, aku terpaksa
memutuskan persahabatan kita!" Dengan
keheranan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau
ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji
akan menjadi sahabat?".

"Aku takut!", jawab setan dengan suara
gemetar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya
sekali mem-bangkang pada perintah-Nya, yaitu
ketika menolak disuruh sujud pada Adam, telah
dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja
kusaksikan telah lima kali membangkang untuk
bersujud pada-Nya. Tidak terbayang-kan olehku
bagaimana besarnya murka Allah kepadamu!",
kata setan sambil cabut lari.