Hina sultan: Pemuda ( Adukataruna ) serah diri!

KUALA LUMPUR 25 Jan. - Seorang pemuda yang didakwa menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail yang mangkat Jumaat lalu dalam blognya hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, Kelantan, petang ini.Lelaki berusia 29 tahun itu dikata...kan menyerah diri kira-kira pukul 4.40 petang selepas artikel yang disiarkan mendapat tentangan hebat daripada pelbagai pihak di seluruh negara khususnya rakyat Johor.

Sumber memberitahu, lelaki itu akan dibawa ke mahkamah di Kota Bharu pagi esok untuk perintah tahanan reman sebelum dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Perdana petangnya. Lelaki tersebut dikatakan menghina Almarhum Sultan Johor yang pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong dalam satu artikel dan disiarkan dalam blognya, adukataruna.blogspot.com baru-baru ini.Susulan daripada kecaman pelbagai pihak, penulis itu kemudian menyiarkan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap keterlanjuran dirinya dalam blog sama, kelmarin.



short msg : agaknya ada orang kedah akan kena tangkap coz hina agama Islam, tapi takper kita tunggu dulu cukup orang untuk wat laporan polis :))